Lagu ‘Happy Birthday’ seperti yang kita tahu adalah lagu yang akan kita nyanyikan untuk meraikan hari lahir seseorang. Dalam ‘posting’ ini, kita akan belajar cara memainkan gitar untuk mengiringi nyanyian lagu ‘Happy Birthday’.
Dalam contoh ini, kita akan bermain dalam kunci nada ‘G’ dan kord-kord yang di perlukan adalah seperti berikut berserta dengan urutannya:
G – D – D7 – G – G7 – C – G – D – G
Sila tonton video dibawah:
Lagu ini adalah dalam ‘time signature’ 3/4, yang bermaksud terdapat 3 ‘beats’ untuk setiap bar. Disebabkan kiraan ‘beat’ nya yang tidak genap, mungkin akan rasa ganjil sedikit bermain dalam time signature 3/4 untuk kali pertama..:)
Jika anda pernah nyanyikan lagu ‘Happy Birthday’, pasti anda ingat dengan bahagian yang akan ditahan setiap kali kita menyebut nama orang yang diraikan. Dalam contoh ini, bahagian itu adalah ketika kord ‘C’. Dalam video diatas, saya tidak berhenti dibahagian tersebut tapi anda boleh saja berbuat demikian.
Lagu ‘Happy Birthday’ sememangnya antara lagu ‘mesti tahu’ untuk dimainkan oleh pemain gitar, jadi luangkan la masa belajar lagu ini ya..✌️