Muzik terhasil berdasarkan ritma dan kita boleh memainkan gitar dengan lebih baik jika memahami asas ritma. Kebanyakan pemula mengalami kesukaran melakukan ‘Strumming’ dalam gerakan berirama yang konsisten kerana belum menyedari bagaimana ritma berfungsi.
Terdapat berbagai corak strumming yang berbeza untuk digunakan bagi pelbagai jenis lagu, dan kesemua corak strumming ini adalah ritma yang terhasil dari pembahagian ‘beat’ asas. Melakukan strumming di gitar memerlukan kita untuk mengerakkan tangan dalam gerakan berirama yang konsisten. Untuk melakukan ini, kita perlu dapat merasai ‘beat’. Ini penting kerana dari sinilah corak/pola strumming terbentuk.
Seperti yang dinyatakan tadi, pola strumming tercipta dengan membahagikan ‘beat’ untuk mencipta corak ritma dan untuk memahaminya, kita perlu tahu tentang konsep ‘Beat’ dan ‘ Off Beat’.
Muzik biasanya ditulis dalam meter masa 4/4 yang bermaksud terdapat 4 ‘beat’ bagi setiap ‘bar’ dan ini adalah ritma yang paling asas.
Contoh:
| 1 2 3 4 | 1 2 3 4 | 1 2 3 4 | 1 2 3 4 |
Nombor-nombor diatas adalah ‘beat’. Di antara ‘beat’ terdapat ‘off beat’ diwakili dengan simbol ‘&’ seperti ini:
| 1 & 2 & 3 & 4 | 1 & 2 & 3 & 4 | 1 & 2 & 3 & 4 | 1 & 2 & 3 & 4 |
Ketika memainkan gitar, sebaiknya kita perlu sentiasa sedar di mana kita berada pada setiap masa (pada ‘beat’ atau pada ‘off beat’ ).
Cuba lakukan latihan di bawah:
Pertama sekali tetapkan dulu tempo yang stabil dan kita boleh melakukan ini dengan menghentak kaki. Pastikan menghentak dalam tempo yang munasabah(sebaiknya tempo perlahan) dan konsisten.
Cuba ini dengan saya;
Hentakkan kaki(Tap) dan cuba mengira sambil menghentakkan kaki. Pastikan menghentak kaki pada ‘beat’ sahaja. Jangan hentak kan kaki pada ‘&’, sebab ini akan menganggu/merubah ‘Tempo’ menjadi lebih laju. ‘&’ atau ‘Off Beat’ sepatutnya jatuh pada ketika kita mengangkat kaki di antara hentakan.
Tap__Tap__Tap__Tap__1__2__3__4__1 _ & _ 2 _ & _ 3 _ & _ 4 _ & _
Sekarang cuba pula latihan di bawah sambil lakukan strumming pada gitar, kita cuba mainkan dengan kord Em;
Dalam latihan di atas kita telah memainkan dua corak ritma; Dalam bar 1 kita telah mainkan ritma yang paling asas iaitu empat strum per bar dengan setiap beat mendapat satu strum. Dalam bar 2 pula kita telah memainkan lapan strum kerana disini kita turut mainkan off beat (&) pada setiap beat dan hasilnya adalah corak ritma yang lebih laju sedangkan temponya tetap sama dengan bar 1.
Semoga penerangan ringkas ini sedikit sebanyak dapat menerangkan bagaimana ritma berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi corak strumming pada gitar.
Sila baca post saya tentang bagaimana untuk menukar kord dengan lancar disini.