Muzik ‘Blues’ adalah genre muzik terawal yang boleh dikatakan sebagai pelopor kepada genre muzik rock yang ada ketika ini. Sebagai pemain gitar, tidak sah kiranya tidak mempelajari muzik blues dan format muzik blues yang terkenal iaitu ’12 bar blues’.
Secara asasnya ’12 bar blues’ adalah urutan kord yang berulang semula setiap 12 bar muzik. Kebiasaannya ’12 bar blues’ hanya menggunakan tiga kord yang dikenali sebagai kord (I), kord (IV) and kord (V). Format sebegini boleh didengari dalam banyak rakaman lagu yang pernah dirakamkan oleh lagenda-lagenda blues dan rock dunia seperti Jimi Hendrix, Eric Clapton, BB King, Elvis Presley dan banyak lagi.
Di bawah adalah contoh urutan kord sebuah lagu dalam format 12 bar blues:
Lagu dalam contoh diatas adalah didalam kunci nada ‘G’, jadi G dipanggil kord (I) ,C sebagai kord (IV) dan D sebagai kord (V). Kord D di bar terakhir juga dikenali sebagai ‘turnaround’, yang bermaksud kord yang akan memusingkan lagu untuk diulang semula. Ini kerana bunyi kord D di bar terakhir itu mewujudkan satu tarikan(melalui pendengaran) untuk kembali ke kord (I). Untuk berhenti mengulang semula lagu ini, kord D di bar terakhir boleh digantikan dengan kord G.
Satu variasi kepada format ’12 bar blues’ diatas adalah dengan melakukan ‘quick change’, Iaitu melakukan pertukaran kord seketika ke kord (IV) di bar ke-2 sebelum kembali ke format asal.
Cuba lihat contoh dibawah dalam kunci nada ‘E’:
Dari segi cara memainkannya pula, cara yang gemari adalah dengan memainkan ‘Riff’. Riff adalah idea idea melody pendek yang akan digunakan untuk mengantikan kord seperti kebiasaannya. Tidak seperti kord penuh, riff blues yang ‘standard’ hanya memerlukan beberapa tali untuk dimainkan pada satu satu masa dan boleh diulang guna pada kord kord yang lain.
Cuba dengarkan lagu ‘Before You Accuse Me’ dari Eric Clapton. Lagu ini menggunakan format 12 bar blues variasi ‘quick change’ dan riff blues yang standard.
Dengarkan juga ‘Red House’ dari Jimi Hendrix yang menggunakan format yang sama.