Saya masih ingat lagi masa mula-mula belajar gitar dulu, antara cabaran yang sukar adalah belajar untuk memainkan kord ‘F’. Dan rasanya saya tidak keseorangan menghadapi masalah ini sebab kord F ni memang antara kord yang ‘paling’ susah untuk pemula..:). Agak lama juga saya ambil masa untuk membiasakan jari saya menekan kord F ni, tetapi sepanjang proses itu saya mendapat beberapa helah yang boleh membantu dan inilah yang ingin saya kongsikan di sini.
Ada lima ‘Tips’ yang ingin saya kongsikan:
- Mainkan versi ‘Half Barre’ lima tali.

Berikut adalah dua manfaat menggunakan versi ‘Half Barre’ lima tali dibandingkan dengan yang versi penuh ‘Barre Chord’ atau versi normal(empat tali)yang biasa digunakan.
- Kita boleh mendapatkan bunyi yang lebih penuh tanpa bermain kord barre penuh (Terutamanya untuk strumming).
- Kita tidak perlu risau jika tidak dapat menekan tali satu kerana walaupun tali satu tak berbunyi, kita masih mempunyai tali yang cukup(tali 2, 3, 4, 5) untuk mendapatkan bunyi penuh.
- Tekan tali 1 dan 2 dengan hujung jari telunjuk.

Satu kaedah saya telah terbiasa secara ‘natural’ ketika proses mempelajari kord ‘F’ dulu. Kaedah ni mungkin sesuai atau tak sesuai untuk anda kerana ia bergantung kepada ketebalan jari telunjuk anda. Jari telunjuk saya tidak begitu tebal tetapi saya masih boleh melakukannya, jadi cubalah dulu baru tahu kan.
** Di bawah ini adalah untuk versi normal ‘Empat Tali’.
3. Tekan tali 1 dan 2 dekat dengan besi fret(Fret wire).
Maksudnya, masa menekan tali 1 dan 2 di fret 1, majukan jari telunjuk lebih ke depan agar dekat dengan besi fret. Dengan cara ini anda akan mendapati lebih mudah untuk mencapai tali 3 dan 4 dengan jari 2 dan 3.
4. Gunakan sisi jari telunjuk.
Apabila menekan tali 1 dan 2 dengan jari telunjuk, cuba pusingkan sedikit hingga bahagian sisi jari dapat menekan tali. Bahagian sisi ni sebenarnya lebih keras dan boleh menekan dua tali sekaligus dengan lebih mudah.
5. Posisikan ibu jari anda di tengah-tengah ‘neck’ gitar dan tekan.
Jika kita lakukan kaedah ini, biasanya jari telunjuk akan berpusing secara semulajadi ke sisi dan ini boleh membantu kaedah 4 diatas tadi.
Belajar kord-kord gitar yang mencabar seperti kord ‘F’ mungkin akan mengambil masa untuk dibiasakan tetapi anda harus terus gigih dan berusaha. Cuba bermain seberapa banyak yang boleh kerana lebih banyak anda bermain, lebih cepat tangan dan jari anda akan menyesuaikan diri dengan bentuk penjarian sesuatu kord.