Menu
AddeeOnGuitar
AddeeOnGuitar

TRANSLATE

  • English
  • Bahasa Melayu

Cara Main Lagu ‘Happy Birthday’ Dengan Gitar

Posted on Disember 15Disember 15 by Addee
Spread the love

Lagu ‘Happy Birthday’ seperti yang kita tahu adalah lagu yang akan kita nyanyikan untuk meraikan hari lahir seseorang. Dalam ‘posting’ ini, kita akan belajar cara memainkan gitar untuk mengiringi nyanyian lagu ‘Happy Birthday’.

Dalam contoh ini, kita akan bermain dalam kunci nada ‘G’ dan kord-kord yang di perlukan adalah seperti berikut berserta dengan urutannya:

G – D – D7 – G – G7 – C – G – D – G

Sila tonton video dibawah:

Lagu ini adalah dalam ‘time signature’ 3/4, yang bermaksud terdapat 3 ‘beats’ untuk setiap bar. Disebabkan kiraan ‘beat’ nya yang tidak genap, mungkin akan rasa ganjil sedikit bermain dalam time signature 3/4 untuk kali pertama..:)

Jika anda pernah nyanyikan lagu ‘Happy Birthday’, pasti anda ingat dengan bahagian yang akan ditahan setiap kali kita menyebut nama orang yang diraikan. Dalam contoh ini, bahagian itu adalah ketika kord ‘C’. Dalam video diatas, saya tidak berhenti dibahagian tersebut tapi anda boleh saja berbuat demikian.

Lagu ‘Happy Birthday’ sememangnya antara lagu ‘mesti tahu’ untuk dimainkan oleh pemain gitar, jadi luangkan la masa belajar lagu ini ya..✌️

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Signals Music Theory and Song Writing Course

Kiriman Terkini

  • Cara Main Lagu ‘Happy Birthday’ Dengan Gitar
  • Blues Guitar – Pengenalan Kepada ’12 Bar Blues’
  • Belajar Cara Memetik Gitar Dengan Jari ‘Fingerpicking’
  • Cara Menukar Kord Gitar Dengan Lancar
  • Belajar ‘Strumming’ Dengan Lebih Mudah Dengan Memahami Ritma

Kategori

  • Uncategorized

Meta

  • Log masuk
  • Suapan pemasukan
  • Suapan ulasan
  • WordPress.org
©2025 AddeeOnGuitar | Powered by WordPress & Superb Themes