Lagu ‘Happy Birthday’ seperti yang kita tahu adalah lagu yang akan kita nyanyikan untuk meraikan hari lahir seseorang. Dalam ‘posting’ ini, kita akan belajar cara memainkan gitar untuk mengiringi nyanyian lagu ‘Happy Birthday’. Dalam contoh ini, kita akan bermain dalam kunci nada ‘G’ dan kord-kord yang di perlukan adalah seperti berikut berserta dengan urutannya: G…
Kategori: Uncategorized
Blues Guitar – Pengenalan Kepada ’12 Bar Blues’
Muzik ‘Blues’ adalah genre muzik terawal yang boleh dikatakan sebagai pelopor kepada genre muzik rock yang ada ketika ini. Sebagai pemain gitar, tidak sah kiranya tidak mempelajari muzik blues dan format muzik blues yang terkenal iaitu ’12 bar blues’. Secara asasnya ’12 bar blues’ adalah urutan kord yang berulang semula setiap 12 bar muzik. Kebiasaannya…
Belajar Cara Memetik Gitar Dengan Jari ‘Fingerpicking’
Memetik gitar menggunakan teknik ‘Fingerpicking’ akan membuka dunia keseronokan yang baru dalam memainkan gitar. Jika anda telah mempelajari gitar dalam beberapa waktu, dan bersedia untuk meningkatkan kemahiran gitar anda ke tahap yang seterusnya, maka inilah masanya untuk belajar memetik gitar dengan teknik ‘Fingerpicking’. Teknik memetik gitar dengan jari atau ‘Fingerpicking’ ini memang akan terasa agak sukar…
Cara Menukar Kord Gitar Dengan Lancar
Setiap pemain gitar yang baru bermula akan menghadapi kesukaran untul menukar kord dengan lancar dan cekap. Ia adalah salah satu daripada pelbagai cabaran dalam mempelajari gitar yang boleh mengecewakan kerana halangan kecil ini seakan melambatkan lagi kemajuan kita dalam mempelajari permainan gitar. Namun begitu ada satu helah mudah yang anda boleh gunakan untuk menukar kord dengan lebih…
Belajar ‘Strumming’ Dengan Lebih Mudah Dengan Memahami Ritma
Muzik terhasil berdasarkan ritma dan kita boleh memainkan gitar dengan lebih baik jika memahami asas ritma. Kebanyakan pemula mengalami kesukaran melakukan ‘Strumming’ dalam gerakan berirama yang konsisten kerana belum menyedari bagaimana ritma berfungsi. Terdapat berbagai corak strumming yang berbeza untuk digunakan bagi pelbagai jenis lagu, dan kesemua corak strumming ini adalah ritma yang terhasil dari…
Cara Main Kord F Dengan Lebih Mudah
Saya masih ingat lagi masa mula-mula belajar gitar dulu, antara cabaran yang sukar adalah belajar untuk memainkan kord ‘F’. Dan rasanya saya tidak keseorangan menghadapi masalah ini sebab kord F ni memang antara kord yang ‘paling’ susah untuk pemula..:). Agak lama juga saya ambil masa untuk membiasakan jari saya menekan kord F ni, tetapi sepanjang…
Apa itu ‘Capo’ Gitar? Bagaimana dan Kenapa Menggunakannya?
‘Capo’ adalah sebuah alat pengepit yang sangat berguna kepada pemain gitar kerana ia boleh membantu pemain gitar dalam pelbagai situasi. Fungsi asas capo sebenarnya mudah saja, iaitu untuk menaikkan nada gitar supaya pemain gitar boleh bermain dalam kunci nada(key) yang berbeza tanpa perlu menukar bentuk penjarian kord. Cara menggunakan ‘Capo’ Cara menggunakan capo adalah mudah,…
Ada Berapa Jumlah Kord Gitar Sebenarnya?
Pernahkah anda tertanya-tanya berapa banyak kord gitar sebenarnya?..Memang agak sukar juga menjawab soalan ni walaupun untuk seorang guru muzik, jadi mari kita lakukan sedikit kajian mengenai perkara ini. Kord dinamakan berdasarkan 12 nota skala kromatik maka sepatutnya ada 12 kord kan?…Ini kurang tepat kerana setiap kord juga boleh menjadi major, minor, dominan 7, minor 7th,…