Setiap pemain gitar yang baru bermula akan menghadapi kesukaran untul menukar kord dengan lancar dan cekap. Ia adalah salah satu daripada pelbagai cabaran dalam mempelajari gitar yang boleh mengecewakan kerana halangan kecil ini seakan melambatkan lagi kemajuan kita dalam mempelajari permainan gitar. Namun begitu ada satu helah mudah yang anda boleh gunakan untuk menukar kord dengan lebih lancar dan cekap.
Caranya adalah dengan memainkan ‘Open String’ atau tali terbuka pada saat akhir sebelum menukar kord. Berikut adalah satu contoh bagaimana untuk melakukannya:
Katakan kita sedang melakukan corak strumming asas dengan 4 strum setiap kord. Mula-mula kita tekan dulu tali (P) selama 3 strum yang pertama pada kord ‘Em’, dan mengangkatnya (O) pada strum keempat sebelum menukar ke kord ‘C’. Ulangi proses yang sama apabila menukar kepada kord ‘G’ dan ‘D’.
Berikut adalah satu lagi contoh dengan tali terbuka dimainkan pada ‘&’ beat ke-4.
Dengan memainkan tali terbuka pada setiap saat terakhir sebelum menukar kord seperti dalam contoh di atas, kita sebenarnya memberikan jari kita masa yang cukup untuk bersedia untuk kord seterusnya. Tali terbuka yang kita mainkan tadi juga akan dapat mengisi jurang semasa kita melepaskan kord, dan hasilnya adalah peralihan yang lancar antara kord.
Cuba praktikkan teknik ini dalam permain anda dan mudah mudahan pertukaran kord anda akan memjadi lebih lancar…:)
Jumpa lagi dalam artikel akan datang! Sambil itu teruskan berlatih.